Powered By Blogger

Thursday, 12 November 2020

Teknik Catan Cat Minyak

 Teknik Impasto

😉Menggunakan warna yang tebal

😉Menimbulkan kesan jalinan pada permukaan 


Teknik Kilatan/Glazing

😉Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan

😉Mempunyai kesan lut sinar


Teknik Titik/Pointilisme

😉Warna dihasilkan pada permukaan kanvas dengan teknik titik

😉Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audiens


Teknik Sapuan/Hard Edge

😉Mempunyai gubahan yang teratur

😉Mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat

😉Catan kelihatan seolah-olah dipotong

😉Biasanya pengkarya menggunakan masking tape untik memisahkan warna yang disapu


Teknik Melembut/Scumbling

😉Menggunakan warna yang sederhana tebal

😉Mempunyai kesan sapuan warna yang memberi permukaan jalinan dan berstruktur


Teknik Alla Prima

😉Menggunakan warna terus daripada tiub tanpa mencampurkan warna lain

😉Warna kurang natural, sapuan warna biasanya rata dan menggunakan warna yang agak terang dan spontan


Teknik Catan Cat Air

 Teknik basah atas basah



👉Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah

👉Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan


Teknik basah atas kering



👉Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering 

👉Untuk menmpakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan atau imej


Teknik kering atas kering



👉Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.

👉Campuran warna yang agak pekat atau likat.

👉Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek

👉Kesan legap

Wednesday, 4 November 2020

Teknik-Teknik Lukisan

 Lukisan garisan


Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.Ia ialah kesan cantuman satu titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu merentasi sesuatu kawasan hingga terbentuknya sesuatu objek atau imej.Contoh garisan ialah garisan selari,garisan silang pangkah,garisan berbulu,garisan beralun,garisan kontor dan garisan berserabut.Media kering yang digunakan untuk menghasilkan lukisan garisan ialah pen,pensel,pensel warna.




Gosokan



Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.

Penggunaan pensel dan pensel warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.




Burnishing



Lanjutan daripada teknik gosokan. Media lukisan seperti pastel ditekan dan menggunakan warna yang cerah untuk menghasilkan pantulan cahaya. Biasanya dilakukan pada proses akhir lukisan .Sesuai untuk media pastel.



Lukisan titik



Teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'.Menggunakan titik-titik kecil untuk menampakkan bentuk, jalinan dan rupa subjek yang dilukis.Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah dan pastel.. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.




Teknik campuran



Lukisan media campuran adalah salah satu yang menggabungkan lukisan dan lukisan yang berbeza dan kaedah dan bukannya hanya satu medium . Sebarang bahan boleh digunakan, termasuk barang-barang kolaj seperti halaman dari majalah, akhbar, gambar, kain, tanah, atau pembungkusan. Atau sekeping media campuran boleh menjadi 'sederhana' dengan menggunakan dua medium, seperti cat akrilik dengan pastel di atas.



Teknik frottage



Teknik gosokan di atas sesuatu permukaan yang mempunyai jalinan.Teknik ini akan menampakkan kesan pada permukaan yang digosok.Sesuai untuk media pensel dan pastel.



Teknik gurisan



Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.  



Teknik Scumbling



Teknik ini menggunakan lapisan warna yang berlapis-lapis. Teknik ini menimbulkan pelbagai kesan warna pada sesuatu permukaan yang dilukis.Sesuai menggunakan warna pastel lembut(soft pastel) dan pastel minyak (oil pastel).


Teknik Catan Cat Minyak

  Teknik Impasto 😉Menggunakan warna yang tebal 😉Menimbulkan kesan jalinan pada permukaan  Teknik Kilatan/Glazing 😉Sapuan warna yang nipis...