Lukisan garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.Ia ialah kesan cantuman satu titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu merentasi sesuatu kawasan hingga terbentuknya sesuatu objek atau imej.Contoh garisan ialah garisan selari,garisan silang pangkah,garisan berbulu,garisan beralun,garisan kontor dan garisan berserabut.Media kering yang digunakan untuk menghasilkan lukisan garisan ialah pen,pensel,pensel warna.
Gosokan
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Penggunaan pensel dan pensel warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.
Burnishing
Lanjutan daripada teknik gosokan. Media lukisan seperti pastel ditekan dan menggunakan warna yang cerah untuk menghasilkan pantulan cahaya. Biasanya dilakukan pada proses akhir lukisan .Sesuai untuk media pastel.
Lukisan titik
Teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'.Menggunakan titik-titik kecil untuk menampakkan bentuk, jalinan dan rupa subjek yang dilukis.Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah dan pastel.. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.
Teknik campuran
Lukisan media campuran adalah salah satu yang menggabungkan lukisan dan lukisan yang berbeza dan kaedah dan bukannya hanya satu medium . Sebarang bahan boleh digunakan, termasuk barang-barang kolaj seperti halaman dari majalah, akhbar, gambar, kain, tanah, atau pembungkusan. Atau sekeping media campuran boleh menjadi 'sederhana' dengan menggunakan dua medium, seperti cat akrilik dengan pastel di atas.
Teknik frottage
Teknik gosokan di atas sesuatu permukaan yang mempunyai jalinan.Teknik ini akan menampakkan kesan pada permukaan yang digosok.Sesuai untuk media pensel dan pastel.
Teknik gurisan
Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Teknik Scumbling
Teknik ini menggunakan lapisan warna yang berlapis-lapis. Teknik ini menimbulkan pelbagai kesan warna pada sesuatu permukaan yang dilukis.Sesuai menggunakan warna pastel lembut(soft pastel) dan pastel minyak (oil pastel).
good share
ReplyDelete